PERGERTIAN
KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang
boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang
berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti
kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin
agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan
kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara
sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk
mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling
merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa
konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan,
pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada
bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang
hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori
pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan
yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
- Bahawa setiap individu dapat menentukan
matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
- Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh
dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing.
Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang
meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah
untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan
masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh
klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup
individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.
Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan
klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat,
tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar apa kelebihan dan
kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi
menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka
aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini
akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada
padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan
mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien
dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara
kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien
berubah.
TUJUAN
KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza
tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan
proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam
masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling
sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan
lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana
sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia
tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa
yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh
klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah
kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan
kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan
tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap
manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan
dinamik.
Lima tujuan kaunseling
iaitu:
- Menolong mengubah tingkah laku klien.
- Menambahkan kemahiran klien mengendalikan
kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau
terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
- Menambahkan kemahiran klien membuat
keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat
pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat,
apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat
keputusan tersebut.
- Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli
masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu
lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep
kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien
meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam
keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang
berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
- Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor
membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan
yang sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri
seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang
utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan
mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling
menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat
keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan
oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu
hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan
proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke
semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku,
statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut
keperluan klien.
Secara umumnya, bolehlah
disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:
- Memahami diri dan situasinya;
- Mengenal pasti keperluannya;
- Menerima realiti hidupnya;
- Membuat rancangan yang realistik untuk
mengendalikan hidupnya;
- Bertanggungjawab ke atas diri dan
perbuatannya;
- Dan seterusnya menjadi individu yang
berfungsi dengan sepenuhnya.
Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga
menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang
singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di
dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor
mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang
singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi
yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya
dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih
realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu
proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan
ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi
dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana
tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik
terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah
tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya
sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam
proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor
tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai pemandu yang pada mulanya
diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan
situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi
dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai
klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri
tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
PRINSIP
KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling,
prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri
kaunseling adalah seperti berikut:
- Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi
perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin
mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.
- Kaunselor menyediakan keadaan yang
memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas
dan berautonomi.
- Seperti dalam semua perhubungan, terdapat
batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang
dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
- Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah
laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling,
tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
- Aktiviti mendengar berlaku di dalam
kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
- Kaunselor memahami kliennya.
- Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang
sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara
kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.
- Klien mempunyai masalah psikologi dan
kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.
Kaunseling harus
berasaskan prinsip-prinsip berikut:
- Pada asasnya, manusia membuat penentuan
kendiri.
- Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri
dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi.
- Klien harus mengembangkan tahap kebenaran
yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri.
- Objektif-objektif kaunseling harus
berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.
Secara amnya,
prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:
- Kaunseling diberi kepada individu-individu
normal yang sedang menghadapi masalah atau kerunsingan.
- Kaunseling merupakan interaksi dan
perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan.
Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.
- Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong
klien membuat keputusan dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor
tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan
kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor.
Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi,
mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak
rasional.
- Orientasi kaunseling haruslah ke arah
bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di
antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan
memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
- Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa
setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.
- Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan,
menyedari kehormatan dan harga diri seseorang.
- Kaunselor percaya bahawa seseorang individu
itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing
dan cara untuk mencapai matlamat itu.
- Kaunseling mestilah berdasarkan etika
kaunseling yang baik.
KETRAMPILAN
PEMIMPIN BERWIBAWA
Membentuk Kejayaan Diri
- Menganalisa mengenali diri sendiri
- Menyediakan matlamat hidup
- Mempunyai wawasan sendiri
- Mengenalpasti nilai dan prinsip dalam
hidup
- Sasaran Perancangan dan
matlamat untuk menjayakan sasaran bagi membolehkan berjaya dalam kerjaya
Mengenal diri sendiri
- Anggapan kita mengenal diri sendiri
- Diri kita dari kaca mata orang lain
- Diri kita sebenar
Tiga jenis manusia
Penilaian diri
- Memahami diri sendiri
kekuatan/kelemahan
- Motivasi kemahuan, semangat
membara, keyakinan
- Disiplin diri menggunakan
kekuatan diri dalam mengawal diri
- Keimanan Pedoman dan Pegangan
hidup
- Keyakinan mempercayai kebolehan
sendiri
- Daya tarikan personaliti dan
imej diri
- Perasaan kebolehan mengawal
perasaan
- Sikap Positif atau Negatif
- Tenaga- tenaga yang berterusan
- Semangat, kecergasan, kesungguhan
- Berfikir kreatif idea/strategi
baru
- Sasaran sasaran dan standart
diri sendiri
- Matlamat Matlamat dan
perancangan sebagai kompas ke arah kejayaan
- Pengurusan masa Keupayaan membezakan
antara keutamaan , segera, kepentingan, tidak penting segera.
Jenis-jenis
matlamat
- Matlamat jangka panjang
Matlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai
- Matlamat jangka pendek
Matlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasi matlamat jangka panjang
Matlamat : Pendekatan
"Smarter"
S
M
A
R
T
E
R |
- -
-
-
-
-
- |
Specific Measuarable
Attainable
Reasonable
Time bound
Exciting
Rewarding |
Spesifik Boleh
diukur
Boleh dicapai
Berpatutan
Jangkamasa
Seronok / mengembirakan
Ganjaran |
Prinsip pembentukan
matlamat
- Matlamat mestilah matlamat anda sendiri
- Matlamat mestilah positif
- Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata
- Matlamat mestilah ditulis
- Matlamat mestilah specifik
Mengapa tidak mempunyai
matlamat
- Boleh dijangkakan
- Telah ditetapkan
- Takut kehilangan / kekalahan
- Takut kemenangan
- Pengharapan yang terlalu tinggi
9 Fakta penting dalam
mencapai matlamat anda
Kuasai masa anda
"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
Keputusan di tangan
anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda.
"Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang
boleh melakukannya untuk selama-lamanya".
Hapuskan ketakutan.
"Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba
membuat anda tidak akan berjaya".
Praktikan sikap positif
Gambaran minda
"Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana
tujuan perjalanan tersebut".
Bina imej diri positif
Capai sebarang peluang
yang mendatang
"Peluang hanya datang sekali"
Tuliskan matlamat anda
dan semaklah ia selalu
Ambil tindakan sekarang
Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
"Action speak louder than words"
"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"
Keputusan ditangan anda,
jangan biarkan sesiapa menghalang anda
Langkah 1
- Jelaskan kenapa anda membuat keputusan
tersebut.
- Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada.
- Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut
dicapai.
Langkah 2
- Fikirkan tindakan yang akan diambil
- Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi
tersebut
- Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda
Langkah 3
- Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap
pilihan
- Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau
tidak anda perlukan
Langkah 4
- Ikut setiap pilihan sampai tamat
- Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan
- Jangan membuang masa jika anda menamui jalan
buntu.
Langkah 5
- Tambah pilihan atau matlamat baru didalam
tindakan anda
Langkah 6
- Bila anda telah mencapai matlamat anda
tuliskan matlamat baru dan had masa baru. Ikut langkah 2.
Langkah 7
- Bila anda telah mencapai matlamat yang
terakhir, anda juga adalah kearah mencapai kejayaan yang jitu.
Hilangkan ketakutan
Bagaimana untuk mendapatkan
keyakinan diri.
Fasa 1 Kenalpasti diri anda
Langkah 1 : Bina fail
kejayaan anda
Langkah 2 : Mempunyai sikap
optimistik
Langkah 3 : Tukar sikap
anda terhadap kegagalan
Langkah 4 : Berhenti dari
menganggap kegagalan dimana-mana
Fasa 2 Ketegasan diri anda
Langkah 1 : Belajar
menyatakan "TIDAK"
Langkah 2 : Bertanya
Bersikap positif
Apa itu SIKAP
- Sikap adalah tingkahlaku yang lahir dari
emosi. Ia adalah kumpulan keterlaluan/perangagi yang ditunjukan oleh seseorang terhadap
orang lain.
- Ia merupakan komponen emosi dan salah satu
perkara yang sukar di fahami dan diurus.
Bagaimana Sikap di Perlihatkan
| Perkataan
yang digunakan |
- |
"Boleh
saya tolong
."
"Maaf,
" |
Air muka |
- |
senyum |
| Budi bahasa |
- |
Bersopan santun
Kurang sopan |
Nada bahasa |
- |
Lembut, marah |
Pembawaan diri (Imej) |
- |
Kemas, bersih |
Pakaian |
- |
Kotor, bersih |
Cara berjalan |
- |
Bertenaga, tak bermaya |
Posture |
- |
Tegap, Bongkok |
Sikap dan perhubungan
manusia
Apa fungsi sikap terhadap
persekitaran?
Sikap positif akan
menghasilkan 3 matlamat:
- Ia akan melahirkan emosi yang positif/baik
terhadap kerja dan rakan-rakan di sekitar anda
- Ia menambahkan sifat kreatif bagi menambah
produktiviti anda
- Ia memperbaiki personaliti anda dalam
berhubung dengan persekitaran
- Sikap dan sifat positif dalam pembentukan
seseorang. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda positif kerja di anggap mustahil
boleh berjaya.
Kaedah mengubah sikap
- Tentukan dahulu samada sesuatu masalah itu
berpunca dari sikap atau faktor persekitaran. Jika berpunca dari faktor lain, usaha
mengubah sikap tidak perlu dilakukan.
- Apakah diri sendiri orang yang paling sesuai
untuk melakukannya dan apakah pengaruh yang membawa kepada perubahan?Apakah kerana
pengaruh ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan atau simpati?
- Nilai diri apakah komponen yang paling
mempengaruhi sikap untuk berubah? Apakah dengan mengubah persekitaran, pemikiran,
pandangan dunia, perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan persekitaran untuk bertindak?
- Tentukan pendekatan yang diperlukan untuk
mengubah diri samada dengan secara langsung negatif; mengancam; mengkritik; menghina;
mengenakan dendaan dan paksaan atau secara tidak langsung; menunjukkan tauladan
silaturrahim dan perlakuan.
- Mengenal pasti rintangan rintangan yang
mungkin dihadapi serta cara mengatasinya, menentukan cara pengukuhan setelah berlaku
perubahan; galakan atau dorongan dan mengubah suai pendekatan berasaskan kejayaan atau
kegagalan.
17. Sikap
Sikap orang yang berjaya
- Mengubah kelakuan sendiri
- Bekerja keras dan punya masa
- Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
- Menghormati orang lain dan sanggup belajar
dari orang lain
- Menggunakan masa untuk maju
- Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
- Menerima pendapat orang lain
|
Sikap orang yang gagal
- Cuba mengubah kelakuan orang lain
- Terlalu sibuk membuat apa yang patut
- Mengalah bila disoal dan mempertahankan
perkara yang tidak penting
- Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma
terhadap kelemahan mereka
- Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
- Penekanan terhadap masalah
- Tidak mahu menerima pendapat orang lain
|
|